Skip to main content

Ucapan Kata Aluan YDP

YANG DIPERTUA SKST :
EN. HAJI ZULKIFLI BIN HAJI AHMAD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. 
Salam dan selawat keatas junjungan besar nabi Mohamad SAW dan juga para keluarga dan para sahabatnya,
Alhamdulilah dengan adaya laman sesawang ini dapatlah ianya berfungsi sebagai medium untuk kita sebagai warga SK Sri Taman bersama masyarakat luar untuk berintrasi serta mendapat info dari aktiviti PIBG serta aktiviti sekolah.
Bagi PIBG sessi 2019 - 2021 kita mengariskan beberapa elemen sokongan demi memperkasakan PIBG  iaitu bergerak bersama Komuniti setempat serta Alumni sekolah disamping mesasarkan penyertaan menyeluruh pelajar ,guru-guru serta para waris.
Program-program pendidikan, kokukirikum, sahsiah program mandiri serta sosial telah disusun sepanjang sessi ini dan kami mengharap sokongan serta penglibatan semua pihak demi menjayakanya.
Diantara program –program tersebut adalah :-
1.    Pembangunan bola sepak sekolah
2.    Penubuhan Alumni sekolah
3.    Peningkatan bahasa inggeris
4.    Sifar sifir
5.    Mural sekolah
6.    Laman Puteri Islam
7.    Korban perdana
8.    Bersunat beramai –ramai
9.    Projek Inovatif
10.  Kem solat
11.  Program –program motivasi
12.  Projek ekonomi
Program diatas akan dilaksakan dengan melibatkkan semua pihak terutama komuniti setempat serta Alumni Sekolah. Adalah menjadi harapan PIBG untuk menjadikan sekolah sebagai INTITUSI TUMPUAN .
       Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang.  
Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum mencukupi. Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya Alumni sekolah yang telah beraya dalam kerjaya mereka  untuk menghulurkan bantuan serta  Sokongan dari  ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita . 
Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan semua pihak, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi diatas sokongan yang diberikan
Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.  
Sekian.Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Assalamualaikum Wrbh. Terima kasih.


Jom Menderma KLIK SINI> Derma kepada Badan PIBG Sek Keb Sri Taman

Comments

Popular posts from this blog

Peranan PIBG

PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar.PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.              Antara peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG terhadap p...

Peranan PIBG semakin mencabar

KESEDARAN perlu ada dalam kalangan ibu bapa mengenai pentingnya peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka harus sedar PIBG tidak ditubuhkan begitu sahaja tanpa matlamat yang jelas. Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui penubuhan PIBG diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1961. PIBG menjadi persatuan penting yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu. Pada asasnya PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembangunan serta kemajuan sekolah dan pelajar. Bagi ibu bapa yang sering menghadiri mesyuarat PIBG pastinya akan merasakan PIBG menjadi saluran dan forum terbaik untuk berbincang dan menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul berkaitan pembelajaran anak-anak mereka. Fungsi PIBG ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya PIBG sesebuah sekolah itu aktif dan mempunyai barisan ahli jawatankuasa yang komited serta mendapat sokongan ibu bapa pelajar. Yang penting dalam mengendalikan PIBG, ia mesti mendukung visi yang selari d...