PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar.PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG terhadap pencapaian akademik di sekolah ialah membantu dan menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah baik dan meningkatkan kemudahan di sekolah iaitu dengan menubuhkan tabung pendidikan yang bertujuan untuk kebajikan dan manfaat kepada sekolah dan para pelajar. PIBG juga berperanan membantu dan menambah usaha sekolah untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan para pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka seperti aktiviti kelas tambahan dengan memberi sumbangan kewangan untuk membeli buku latihan atau buku kerja bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan.
Selain itu PIBG juga berperanan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menambahkan minat para pelajar untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dengan mengadakan program motivasi,seminar dan bengkel.Dengan adanya program-program sebegini secara tidak langsung akan memberi kesedaran dan semangat kepada para pelajar untuk belajar dan berjaya. PIBG juga berperanan membantu pihak sekolah menangani pelajar bermasalah dengan bekerjasama mengadakan program pemulihan akhlak,kem bina semangat dan sesi kaunseling yang bertujuan memberi kesedaran, keinsafan dan semangat untuk belajar dan berjaya dalam pelajaran.Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah malah dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar.
Di samping itu, PIBG juga berperanan sebagai entiti utama yang membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method untuk meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar iaitu dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di sekolah. Ia turut memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka Dengan itu sebarang masalah dan kerumitan yang dihadapi dapat diatasi hasil dari perbincangan dan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah.
Kesimpulannya,memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian sekolah kerana persatuan berkenaan menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. PIBG juga turut membantu pihak sekolah dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
Kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari anda untuk tabungan PIBG SKST tujuan pembangunan dan pembelajaran kemudahan untuk sekolah ini.
Anda boleh menghubungi Ahli Jawatankuasa/YDP PIBG bagi tujuan tersebut, atau apa-apa sebarang pertanyaan atau cadangan boleh emailkan kepada kami di skstpibg56@gmail.com
Jom Menderma KLIK SINI> Derma kepada Badan PIBG Sek Keb Sri Taman
MquitiKjunc_ka Jill Smith Crack
ReplyDeletelimengunscor
pescutio_ge Michael Erickson Tenorshare iCareFone WhatsApp Transfer 3.0.0.173
ReplyDelete3D Coat 2022.43
ArchiCAD 26.3010
Visit
gregnotinglib